Berita baik akhirnya telah sampai ke telinga kami dan semestinya kami sebarkan di sini. Pihak Telekom Malaysia ( TM ) sedang dalam proses untuk menyediakan kemudahan telefon dan internet kepada penduduk Paya Mengkuang, Gelang Patah.

Penantian selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil setelah berjuang tanpa putus asa. Di zaman berteknologi tinggi adalah sangat menghampakan sekiranya pihak TM " gagal " untuk menyediakan prasarana internet di kawasan yang sedang pesat membangun - Gelang Patah.

Walaupun bukan kemudahan Unifi, akan tetapi kemudahan Streamyx dengan kelajuan 8 MBps sudah memadai pada pengguna setempat. Apa yang diberitahu buat masa ini, kerja-kerja menaik taraf infra TM sehingga ke kawasan Kampung Paya Mengkuang akan bermula dan di ramalkan pengguna akan dapat menggunakan perkhidmatan pada November 2016 .

Apa yang dimaksudkan dengan perjuangan tanpa putus asa ?

Jom kita lihat "kronologi" usaha yang telah di jalankan.

​Usaha ini telah di mulakan oleh En Zamrin sebagai penggerak awal dan usaha ini di bantu oleh En Fadzly yang merupakan penduduk di Pangsapuri Seri Mengkuang pada awal tahun 2013.

Atas perbincangan awal dengan Puan Izuati dari TM Johor Bahru, usaha telah dibuat untuk mendapatkan senarai penduduk di Pangsapuri tersebut yang berminat untuk melanggan perkhidmatan dari TM.

Seramai hampir 56 orang telah berminat dan permohonan rasmi telah diajukan sekali lagi disertakan dengan senarai nama "bakal pelanggan". Dalam ertikata lain, Pihak TM dengan mudah mendapat pelanggan.

​2 minggu menunggu akhirnya maklum balas telah diterima dari TM yang sedikit mengecewakan. Antara syarat wajib adalah Pihak Pemaju seharusnya menyerahkan laporan ujian pendawaian telefon rumah beserta lukisan litar pendawaian.

Setelah beberapa perbincangan dengan Pihak Pemaju dan TM, amat mendukacitakan kerana Pihak pemaju tidak dapat memberi kerjasama yang baik.

Usaha ini masih lagi diteruskan oleh En Fadzly secara peribadi dengan mendapatkan response dari penduduk di sekitar seperti di kawasan perumahan Juragan, Kelasi dan juga Pine Residence.

Akhirnya dengan jumlah yang semakin meningkat, permohonan sekali lagi di usulkan kepada Pihak TM dan ia membuahkan hasil.

Dan kepada penduduk setempat, bersedia dengan kemudahan teknologi yang bakal di rasai. Kepada yang sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, rebut la peluang ini untuk mencipta pendapatan yang berganda. Luaskan pemasaran hanya melalui internet.

​Pakej Yang mana Paling Sesuai untuk saya ?

​Buat penilaian anda sendiri..Intai intai package dibawah .